-->
skip to main | skip to sidebar

The world is quiet here.

Friday, February 3, 2012

Terbaik lah korang :')




Bila lah hajat aku nak pergi sini woi ? penat tunggu tau tak ? Tunggu duit jatuh dari langit dulu lah -.-


*kalau tak nak baca entry ni sila tutup muka , tutup mata , letak tangan atas mouse , pangkah blog aku ni . Kthanksbye .

NUR HAMIDAH


Phewwwwittttt ~ awek cun ni ! nak ngorat boleh ? kahkah . Ni anak pak cik Samad . Lawa kan anak dia :)

Awak , terima kasih sebab awak ada bila saya susah dan senang . Thanks sangat-sangat :') . Awak ada bila saya moody . Awak ada bila saya senang . And yang paling penting sekali ,  Awak ada time saya susah . Awak selalu tolong saya . Kita selalu share problem kita sama-sama . Awak tak kisah budak-budak ni cakap saya macam ni , saya macam tu sebab awak tau saya bukan orang yang macam tu . Terharu gilaa *lap air mata*. Awak tau siapa mamat yang saya suka tu . Awak tak hebohkan dekat orang lain . Terima kasih sebab awak  sukaaa sangat dengar lawak bodoh saya tiap-tiap hari . Terima kasih sebab panggil saya "minah turpedo" bila saya banyak cakap .  Kita selalu gossip sesama ( sekali sekala , haha ) . Ingat tak kita gossip pasal budak gedik yang pakai make-up tebal-tebal . Gilaa tergelak aku tengok . Ingat lagi tak saya cakap ;
Pergi sekolah pakai make-up . Kau ingat pergi Pavillion ke jah oi ?
Ahahaha gila tunggang terbalik awak gelak . Kita Belajar sesama , jalan sesama . Semuaaa kita buat , kita buat sesama :') Thanks again :')


Karissma Sabrina






Amboii , sedapnyaaaa nama hang ~ Nama cantik sama macam orang dia kan ? kan ?

Thanks sangat sebab jadi kawan aku . First I thought kau sombong . Sorry to say buddy . Well masa tu aku baru masuk sekolah ACS . What can I say ? haha . Relaxs , watlek watpeace bebeh :D Kahkah . Thanks sebab ajarkan aku mathematic masa form 2 . Thanks sebab share problem kau dekat aku . Thanks sebab tolong aku time aku susah . Thanks sebab backup aku bila cikgu marah aku . Thanks sebab jadi akak google translate aku bila aku tak faham apa yang kaliswaran cakap dekat aku . Kalis cakap bahasa tamil , mana aku faham weh -.- Thanks sebab bagi aku tiru jawapan kau bila jawapan aku salah . Thanks sebab ajar aku formula addmath . Memang aku susah nak ingat . Bila kau ajar tu , aku ingat . Tapi bila aku belajar sendiri , otak aku blur sangat . Thanks sebab kau tolong ajar aku dalam subject Physic . Haha , kau bila nampak mamat yang aku suka tu , mesti kau cakap ;
weh , tuuuu , HERO kau datang ....

Kahkah . Hero lah sangat weh -.- . Btw , hero aku cute kan ^^ . Whatever is , Thanks sebab jadi buddy aku .


Kaliswaran


Sebenarnya , dia lagi hensem kalau tengok depan-depan ^^

Kalissss ! Sumpah gua cakap budak ni budak lelaki yang paling baik aku pernah jumpa dekat dunia ni . Aku tak pernah ada kawan lelaki india macam dia ni . Serius . Dia baaaaaik gilaaaa weh -.- Kepada sesiapa yang baca blog aku ni , kalau korang budak ACS , korang rajin-rajin lah tegur dia yeeeeee . Dia baaaaaaik sangat ! Confirm dia akan cakap 'Hai' jugak . Siap senyum sampai nampak gigi . Tak caya , kau buat ahh .

Kalis , thanks sebab jadi kawan saya . Thanks sebab tolong saya kalau saya ada problem . Thanks sangat sebab you rajin bagi gula-gula setiap hari dekat saya . Thanks sebab you backup saya kalau ada orang buli saya . Thanks sebab ajar saya tengok love story dalam versi Tamil . Ahaha , saya ingat lagi :') . Thanks sebab ajarkan saya badword dalam bahasa Tamil . Dalam kes ni , aku yang paksa dia ajarkan . Senang kalau budak Tamil tak puas hati dengan aku , aku tau diaorang cakap ape and aku tau nak balas ape . Kahkah . Thanks sebab tolong saya masa saya form 2 . You pernah kena rotan disebabkan you nak backup saya . Time tu buku teks BM saya hilang ! Please , jangan buat macam tu lagi . Kesian saya tengok you yang kena . Thanks sebab panggil saya ' Little Chef'' . Nama tu comel sangat - sangat ♥ ! hihi .

Shafiq Hasmidi


Wah wah pakai songkok nampak . Kahkah . Dah hensem dah tu ^^ Okay , ini kembar aku . Otak mereng , sewel semuaaaa ada kat dia ni haa .

Thanks sebab jadi kawan aku . Thanks sebab bagi aku tiru jawapan time peperiksaan . Time tu terdesak gilaaa doe -.- Kau tak puas hati sebab budak kelas 3setia pun tiru jawapan jugak . Kelas S tu bhaii -.- Aku ingat pandailah sangat . Thanks sebab kau selalu open-minded dengan aku . Kalau kau ada masalah dengan awek kau , aku try tolong kau . Kalau kau ada masalah , aku try tolong . Kalau aku ada masalah , kau try tolong . Terima kasih sangat sangat :') Thanks sebab ajar aku mathematic & add math yang susah gilaa tu . Yang aku peliknya , macam mana kau faham hah ? Serius kau pandai . Thanks sebab cakap aku otak 'babi' . Aku appreciate sangat . Thanks sebab ajar aku badword dalam bahasa chinese . Senang aku nak maki balik apa yang budak cina carut kat aku . Thanks sebab jadi Pak Cik google translate aku . Dulu kau selalu ejek aku 'belle' . Apa motif kau cakap cam tu weh -.-  . Kau pandai dalam bahasa cina . Aku kagum gilaaaa !  Masa hari jumaat hari tu , kau cakap ;
Semuaa budak ttj barai doe . Tak payah ahh pindah . Alahh takkan tacing kot yang pasal hari tu ?! aku memain je weh . Tak payah pindah doe !


FYI Shafiq , aku tak ambil hati lah dekat kau . Aku tau time tu kau gurau . Kau cakap ;
Ni ape menyemak kat sini ? cakap nak pindah?! Penipu *gelak*
Tak payah lah nak minta maaf semua . Tak , tak . Serius time tu aku tau kau memain je kan . Apa kejadahnya kau cakap macam tu pun aku nak terasa . No point .  Cuma time tu aku cakap kau mangkuk . Kahkah . Rindu nak panggil kau mangkuk lagi lepas ni :')


Nur Syafida
Gila comel lah Fida ;)


Ni budak pandai --' Ahaha , fida aku cakap betul doe kau pandai . That why kau masuk 4 Bestari . Tak macam aku . Masuk 4 cekal . Thanks sebab selalu main fakta-fakta dengan aku . Contohnya hari tu . Kita main fakta pasal BoBoiBoy . Gilaa lawak weh :D . Aku tak tau pukul berapa cerita Boboiboy tu start . Last-last kau bagitau aku , pukul ada yang pukul 6.30 petang . Kau cakap cerita tu ulang 3 kali dalam seminggu . Aku selalu tengok episod yang sama jee . So bosan ahh . Thanks sebab layan aku bila aku tengah sewel . Dengan kau sekali berjangkit . kahkah . Walaupun aku baru kenal kau 2 tahun , tapi aku dah tau kau memang baaaik :) Thanks sebab jadi kawan gelak aku . Kekadang budak-budak ni dah penat dengar lawak bodoh aku , so aku buat kat kau pulak . hihi . Thanks for everything :')

And thanks sebab cakap ayah aku hensem . Kahkah . Like seriously , i just don't get it ? Tang mana lah korang tengok hensem tu / Ayah aku hensem ? Korang biar betul . Otak aku tak dapat digest perkataan tu :D

Korang semua tau aku macam mana . Korang tau perangai aku macam budak-budak (sikit je kan ) Korang tau aku cepat sangat kena Ketawa Sawan Histeria . Korang tau aku jenis yang manja sangat . Kalau kena marah , mulut macam pembaris besi . Korang tau aku suka siapa kat sekolah tu (diam2 je weh . tah tah budak tu dah ada awek ) . Korang tau aku cepat touching . Gilaa susah ni kalau aku  ada boyfriend . Sikit-sikit nak merajuk . Penat pulak nanti dia nak pujuk :p . Haih kena tinggalkan budak-budak ni semuaaa :'(  Korang jaga diri baik-baik okay . Serius 3/2 tahun aku kenal korang , setakat ni tak ada sesiapa lagi yang perangai yang sebijik macam korang ni . Kalau ada pun , mesti susah nak jumpa kan ? kan ? Aku tau korang pun terkejut sebab cepat sangat surat 'tukar sekolah' tu datang . Aku lagi lah . Aku dapat tau pun sebelum rehat kat sekolah tadi ayah aku datang . Dia cakap nanti pergi pejabat amik fail . Aku tak tau fail apa . Aku pergi pejabat , cikgu Oi cakap dia tak susun fail aku lagi . So kena tunggu sampai dia panggil . Aku rasa hari rabu next week aku last . Haih . Harap gila dapat jumpa korang last day tu weh --' Tak pe . Lepas SPM , aku panggil korang semua . Kita keluar sesama . Masa tu nak tunggu result SPM keluar je kan ? Mesti korang pergi kerja betul tak ? Time cuti lepak ahh sesama . Wahh heavan killer ♥ Nanti aku bawa kereta Suzuki Swift aku :D . Kahkah *syok sendiri

Wah gila panjang weh enrty aku . Sesiapa yang baca tu sampai bawah ni , memang gua tabik springgg ! muah kiri muah kanan sikit :* Sayang korang .
Dibebelkan oleh Fatin Nabila at 7:50 AM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Tuan Tanah

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

Call me Fatin :)

Simple. Friendly. Loving .Talk a lot . Sensitive . Sometime like a Child . Love fantasy . Weird . Mostly , She is unperfect person. She lives with her head in the clouds.



Hey you !

Current updates:
Hi & Assalammualaikum. Respect my blog as I respect yours. Follow me and I'll follow you back.
 
Template designed by FN. Copyright 2012
Small Cute Pink Grey Outline Pointer